Saturday, April 2, 2011 | |

coretan bulan April

aku merenung jauh di tingkap bilik, nampak macam sesuatu yang tidak kena.
tiba tiba aku sebak mengenangkan sesuatu,
ya, 1 April 2011 adalah hari yang malang. kenapa? 

aku benci 1 April bukan kerana April Fools Day,
aku benci kerana macam macam yang telah berlaku pada hari tersebut.

ok kita start dari bawah. 
hari tu aku pergi sekolah macam biasa, bla bla bla.
lepas tu Cikgu Farizan menyuruh aku pergi ke MSSD di Stadium Larkin
untuk acara turunkan bendera. aku menghela nafas panjang.
baru aku nak relax dirumah. hakikatnya aku dipaksa untuk ke stadium

habis sahaja sesi sekolah. aku dan rakan rakan bercadang untuk ke Cyber Cafe
dekat dengan Plaza Pelangi. semasa menunggu teksi sampai,
kereta bapak aku melintas depan kami. aku pun angkat tangan sahaja.
tak lama lepas tu aku terima panggilan daripada bapak aku.

"ashraf nak pegi mana?"
aku jawab, "tgh tggu kawan nak ke pelangi kejap"
"ok papa nk pergi Bukit Timbalan. ada hal, balik terus nanti"
"ok."

terus letak. SHIT , aku lupa nk bagi tahu yang aku ada acara kt stadium.
takpa lah. nanti aku bagi tahu.
sampai sahaja dekat Pelangi, kami terus bermain games sampai pukul 2
aku terus ke sekolah balik.

sampai sahaja di stadium, aku berasa gementar kerana ada 3 orang sahaja
yang bermain trumpet untuk acara menurunkan bendara MSSD.
sampai sahaja giliran kami. aku menggigil gigil melihat orang ramai 
memerhatikan kami. lantas aku kira 1 2 3 kami bermula main. 
tapi sayang ada bunyi sumbang sedikit. malu beb.
habis sahaja bendera diturunkan. semua tepuk tangan dgn kuatnya.
bangga lah jugak. tapi dorang salahkan aku sebab aku punca tiba tiba
keluar bunyi sumbang.

aku lihat jam dah hampir 6 20 petang. ah sudah. aku tk bagi tahu lagi kt papa dgn mama,
lantas aku telefon mama.
"mama abang baru habis ni. mama nk ambik kt skolah tak?"
mak aku marah" eh kenapa pulak, papa dh balik dh ni. tkkan nak keluar lagi"
tiba tiba suara bapak aku kedengaran "dia pergi merayap ke tu?" dgn nada tengking
aku dah kecut perut. terus letak telefon.
sampai sekolah aku terus ambil teksi balik rumah

dah sampai rumah mak dengan bapak aku marah marah aku
kata aku merayap tempat lain
menipu diaorang. padahal aku tgh pakai uniform pancaragam.
tk nampak ke peluh aku menjurai, dengan case trumpet di tanganku

aku sabar, aku terus mandi dan siap siap nak balik kampung.
dalam kereta bapak aku tengking tengking aku.
nak menangis aku. aku cakap benda benar dia tak percaya.
akhirnya aku ambil headphones aku dan sumbatkan dalam telinga, tidur.
dah pergi mampus.

dulu kata bagus aku pergi latihan pancaragam dan show pancaragam diluar.
tetapi sekarang bukan main lagi dia nak membantah. lebih teruk dia doakan aku terlingkup
aku tabahkan hati. bapak aku dh tak nak ambik tahu pasal aku lagi.

itusahajauntukcoretanbulanapril.

No comments:

Post a Comment